House of Victory
House of Victory Chinese Version

Youth Centres
Old Folks Homes

Testimonies
Our Needs
Donation Request
Sponsor A Child

Our Founder
Founder's Vision
Founder's Words

Online Album
Video Clips
News Clips
Media Centre
Charity Fair
21st Anniversary

Discussion Board
Post New Topic
Latest Topics
Latest Replies
Sign Up
Log In
Forgot Password
Rules

Send A Page
Bookmark Us
Subscribe eNews
Contact Us

House of Victory
ONLINE USERS : 4

Ejen Cegah Dadah

 Announcement & Discussion | Post New Topic | Latest Replies | Search | Online Album

Sign Up | Log In

News Clippings 2002 2005 2006 2007 2008 2009 2010
  SEBAHAGIAN pelajar SUC yang menyertai Kempen Anti-Dadah di kampus universiti itu di Petaling Jaya, baru-baru ini.Mahasiswa SUC bantu masyarakat tangani gejala negatif

MAHASISWA tidak terkecuali daripada bertindak sebagai ejen membantu kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada umum mengenai bahayanya kegiatan penyalahgunaan dadah.

Kerjasama itu diterjemahkan menerusi aktiviti kolej yang dijayakan pelajar Kolej Universiti Sunway (SUC), Petaling Jaya menerusi program Kempen Anti Dadah, baru-baru ini. Seramai
60 pelajar dilantik sebagai sukarelawan yang menjayakan kempen selama tiga hari dengan dipenuhi pelbagai maklumat berkaitan pengetahuan am, membimbing dan memanfaatkan secara positif fungsi rakan sebaya bagi membendung gejala negatif itu. Kempen digerakkan dengan ikrar mahasiswa iaitu ‘Katakan Tidak Kepada Dadah’ bagi memerangi ancaman penagihan peringkat akar umbi dan persembahan lagu kempen bertemakan `Unwritten’ oleh sukarelawan.

Dianjurkan Unit Kaunseling SUC, kempen mendapat kerjasama Jabatan Narkotik Selangor dan AADK selain badan bukan kerajaan NGO seperti Pusat Rehabilitasi Dadah dan Rumah Victory.

Pelajar Program Matrikulasi SUC, Stephanie Fernandez, berkata penganjuran kempen bertujuan membantu mahasiswa meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan memupuk semangat menolak gejala penyalahgunaan dadah.

“Mahasiswa perlu kuat dalam menghindari diri daripada terjebak dengan najis dadah. Jiwa yang kuat membantu mereka menolak pengaruh rakan sebaya yang cuba mempengaruhi mereka sama ada dengan hanya mencuba sekali.

“Bahaya penagihan dadah perlu disebarkan secara meluas dan universiti tidak terkecuali berperanan membantu kerajaan membanteras gejala berkenaan,” katanya.

Kajian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 2008, menunjukkan 69.67 peratus penagih adalah di kalangan mereka yang berusia 19 hingga 39 tahun.

Hasil kajian juga mendapati, pengaruh rakan sebaya mencatatkan peratus tertinggi iaitu 55.5 peratus mendorong golongan berkenaan terjebak dalam najis itu.

Kempen turut menganjurkan ceramah bertajuk `Kesan Penyalahgunaan Dadah, Undang-undang Berkaitan dan Simpton Penagihan Dadah’ disampaikan Pegawai Turus Perundangan dan Nasihat, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Narkotik Selangor, DSP Zaiton Hussein selain demonstrasi anjing pengesanan dadah Unit K9, Polis Diraja Malaysia.

Source: Berita Harian
Author: Khairina Yasin
Date: April 4, 2010
 

Powered by Echoweb & Moonlightchest.com © 2006-2010 | Disclaimer