House of Victory
House of Victory Chinese Version

Youth Centres
Old Folks Homes

Testimonies
Our Needs
Donation Request
Sponsor A Child

Our Founder
Founder's Vision
Founder's Words

Online Album
Video Clips
News Clips
Media Centre
Charity Fair
21st Anniversary

Discussion Board
Post New Topic
Latest Topics
Latest Replies
Sign Up
Log In
Forgot Password
Rules

Send A Page
Bookmark Us
Subscribe eNews
Contact Us

House of Victory
ONLINE USERS : 6

Seruan Amal Bekas Ratu Malaysia Universe 2009

 Announcement & Discussion | Post New Topic | Latest Replies | Search | Online Album

Sign Up | Log In

News Clippings 2002 2005 2006 2007 2008 2009 2010
  Seruan Amal Bekas Ratu Malaysia Universe 2009 Joannabelle Ng.KUALA LUMPUR, 3 JUN 2010: Bukan kerana gelaran ratu cantik yang pernah dimilikinya, mahupun strategi meraih simpati orang ramai, hakikatnya niat bekas Ratu Malaysia Universe 2009, Joannabelle NG untuk membantu mereka yang memerlukan memang telah lama disemai.

Pendedahan dengan pelbagai program kebajikan terutama langkah ibunya membantu rakyat Filipina yang hidup dalam kedaifan suatu ketika dulu, telah membuka matanya untuk terus menghulurkan bantuan.

Lebih-lebih lagi selepas dia dia menyerahkan gelaran Ratu Malaysia Universe kepada Nadine Thomas, anak kelahiran Kota Kinabalu Sabah itu terus tidak menoleh ke belakang untuk meneruskan seruan bagi membantu 5 rumah kebajikan yang terpilih untuk berada di bawah kempen Jo-B yang dicetuskannya sendiri.

Bersama misi slogan Share to Care, Joannabelle berharap usaha murninya itu akan membuka mata badan-badan korporat dan pihak persendirian untuk terus menyokong, menderma serta menaja projeknya itu.

"Sebenarnya dorongan ini datang daripada semangat ibu saya yang aktif dengan kerja-kerja amal. Walaupun kami bukanlah datang dari keluarga senang, ibu saya selalu berpesan bahawa ada individu di luar sana yang kurang bernasib baik daripada kita.

"Ketika kecil, saya selalu menyimpan duit belanja sendiri untuk didermakan kepada keluarga susah. Kalau tak dapat bantu mereka menggunakan wang, saya akan mendermakan pakaian kepada kanak-kanak Filipina di kampung halaman saya," katanya kepada portal murai.com.my.

Lima rumah kebajikan yang terpilih menerusi kempen ini iaitu Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman, Pertubuhan Ibu Tunggal Masmerah, Pertubuhan Kanak-kanak Spastic Selangor, Rumah Victory dan Persatuan Perlindungan Haiwan Selangor (SPCA Selangor).

Menyemarakkan lagi usahanya itu, 2 program amal akan dianjurkan iaitu acara mengutip derma daripada masyarakat umum termasuk selebriti dan pihak media di pusat beli-belah Pavilion pada 12 Jun ini dan diikuti Malam Amal Gala yang akan berlangsung pada 24 Jun ini.

Tidak mahu usahanya itu tamat di situ saja, Joannabelle berkata, pihaknya sudah merancang untuk mengadakan pelbagai acara amal pada masa akan datang, termasuk beberapa program kala tibanya musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Krismas.

"Bukannya kerana saya ini bekas ratu cantik maka mudah untuk saya menjalankan kerja amal. Secara peribadi saya dan beberapa teman-teman yang lain selalu menderma makanan ke rumah kebajikan atau anak yatim.

"Walaupun dengan hanya menyumbangkan makanan segera seperti KFC kepada mereka, saya rasa itu sudah cukup menggembirakan mereka. Yalah, KFC adalah sesuatu yang mahal untuk mereka nikmati, tidak seperti kita di sini," katanya.

Joannabelle menambah, pihaknya mensasarkan untuk mengutip sebanyak RM100,000, di mana dengan setiap sumbangan melebihi RM50 akan diberikan kemeja-T edisi terhad Share to Care dan sumbangan RM100 akan layak menerima undangan ke Malam Amal Gala yang akan diadakan di Pavilion nanti.

Keterangan lanjut boleh didapati menerusi laman web www.jo-bcare.com.

Source: www.murai.com.my
Author: Haswari Ali
Date: June 3, 2010
 

Powered by Echoweb & Moonlightchest.com © 2006-2010 | Disclaimer