|
|
|
|
|
|
Joannabelle Bantu Golongan Susah |
|
|
|
|
|
|
|
JIKA
pertama kali bertemu dan mengenali secara lebih dekat personaliti yang memegang
gelaran Ratu Cantik Malaysia Universe 2009 ini, pasti ramai akan terpesona.
Bukan saja pada kejelitaan yang dimiliki, bahkan budi bahasa dan keramahan yang
dipamerkan.
Nyata gelaran ratu yang dimahkotakan tidak membuatkan |
Joannabelle Ng Li Vun lupa diri apatah lagi berasa terlalu hebat
sehingga tidak tidak berpijak di bumi nyata.
‘Menjelajahi’ latar belakang dan cerita di sebalik penampilan luarannya,
gadis berusia 22 tahun ini, masih teguh dengan hati yang cukup ikhlas dalam
membantu orang lain terutama golongan susah.
Sifat dalamannya itu sekali gus menafikan kata-kata nakal kecantikan tanpa
akal yang kerap dilemparkan pada gadis-gadis cantik bergelar ratu
sepertinya.
Mengimbas secara ringkas perjalanan hidupnya, gadis berasal dari Kota
Kinabalu, Sabah itu memulakan pembabitan dalam dunia peragaan pada usia 16
tahun apabila memenangi tempat pertama pertandingan pencarian model. Ia
menjadi batu loncatan buatnya terus aktif secara serius dalam bidang
berkenaan.
Joannabelle menganggap kejayaannya dalam bidang peragaan sebagai anugerah
daripada Tuhan.
Dengan itu, katanya ia memberi peluang lebih besar untuk mendekati orang
susah melalui cara paling tepat.
Justeru tidak hairan, walaupun pernah terbabit dalam kebakaran beberapa
tahun sebelum penyertaannya di pencarian model yang menyebabkannya mengalami
kecederaan peringkat kedua, Joannabelle tetap menyahut cabaran dan ingin
membuktikan beliau sentiasa bersemangat menyertai pertandingan itu demi
impiannya membantu golongan yang memerlukan.
“Selepas berjaya menjadi juara, ia umpama laluan berliku yang kembali lurus.
Kejayaan itu memberi saya pengalaman berharga apabila mula dapat mencapai
impian.
“Satu daripada pengalaman membantu golongan susah yang tidak akan saya
lupakan adalah apabila saya dan seorang rakan melakukan kerja sukarela
dengan membawa 30 orang anak yatim ke restoran makanan segera untuk makan
tengahari.
“Melihat mereka makan sehingga kenyang membuatkan saya menangis
kegembiraan,” katanya ketika berucap pada pelancaran kempen mengumpul dana,
Jo-B Care di Pusat Membeli-belah Pavillion baru-baru ini.
Kempen Jo-B, yang diambil daripada singkatan namanya, adalah projek bagi
mengumpul dana yang dicetuskan Joannabelle dengan kerjasama Fametis
Management & Associates Sdn. Bhd. untuk diagihkan kepada persatuan kebajikan
yang memerlukan.
Lebih membanggakan, usahanya mendapat sokongan rakan-rakan rapatnya yang ada
antaranya turut terbabit dengan dunia peragaan termasuk model terkenal,
Amber Chia.
Dengan mengetengahkan slogan, Kongsi untuk Prihatin (Share to Care), kempen
itu akan dianjurkan pada 12 Jun ini melalui acara menarik yang mana orang
ramai dijemput datang beramai-ramai untuk menjayakan.
Buat permulaan, kempen Jo-B memilih lima buah rumah kebajikan sebagai
penerima dana iaitu Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah
Persekutuan (SCASFT), Rumah Victory, Persatuan Pencegahan Kekejaman ke atas
Haiwan Selangor (SPCA Selangor), Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS
Nurul Iman (Pernim) dan Persatuan Ibu Tunggal Masmerah.
Menurut Joannabelle, beliau mengharapkan orang ramai tampil menjayakan
aktiviti yang dianjurkan kerana sedikit sumbangan yang dihulurkan pada acara
itu pastinya mampu memberi kehidupan lebih sempurna kepada penerima.
Pada acara berkenaan, pihaknya akan membuka sebuah gerai kutipan dana di
pusat membeli-belah itu dari pukul 2 petang hingga 6 petang.
Selain itu, ujarnya, pengunjung akan berpeluang menemui selebriti, artis dan
model terkemuka negara sepanjang waktu kempen.
“Sempena kempen itu, kami mensasarkan kutipan dana berjumlah RM100,000 dan
saya sangat berharap ia mampu dicapai,” katanya.
Joannabelle menegaskan, usaha mengadakan kempen itu bukan kerana nama tetapi
bagi memenuhi minatnya membantu golongan susah, menjalankan tanggungjawab
sosialnya kepada masyarakat dan ingin penerima menjalani kehidupan lebih
baik.
“Mana-mana individu yang menderma RM50 dan ke atas, akan menerima sehelai
kemeja-T edisi terhad tertera ‘Share to Care’ manakala mereka yang sudi
menderma RM100 dan ke atas, bakal menerima sehelai kemeja-T sama serta
jemputan ke Malam Gala Jo-B Care,” katanya.
Source: Utusan Melayu
Author: Faizatul Farhana Farush Khan
Date: June 9, 2010
|
|
|
|