|
|
|
Disebabkan
oleh kementahan, saya selalu percaya bahawa saya akan mendapat kebebasan setelah
meninggalkan keluarga saya dan kebebasan merupakan segala-galanya bagi saya.
Ditambah dengan kejahilan, saya terjatuh ke lurah dadah semasa saya berusia 17
tahun dan bukan begitu sahaja, saya turut terlibat dalam pelbagai kegiatan
jenayah seperti mencuri untuk mendapat wang untuk membeli dadah.
Akhirnya, saya di tangkap dan nasib saya baik di mana hakim hanya memberi amaran
dan denda wang sahaja memandangkan ia merupakan salah laku pertama saya. |
Selepas itu, keluarga saya pun menghantar saya ke Singapura untuk bekerja
dengan hasrat yang saya dapat berubah dan memulakan kehidupan yang baru.
Namun, saya tidak insaf ataupun belajar dari pengajaran tersebut dan
sebaliknya, terus asyik dalam lurah dadah dan semakin mendalam.
Di ambang putus asa, seorang pak cik (di mana saya tahu kemudian bahawa
beliau adalah seorang paderi) membawa saya ke sebuah pusat pemuliharaan.
Setelah beberapa bulan saya “terperangkap” di sana, saya berpendapat bahawa
cara pemuliharaan yang berasaskan agama dan kitab bible itu tidak berkesan.
Maka saya pun meninggalkan tempat itu.
Tidak lama selepas itu, saya melangkah masuk ke dalam lurah dadah sekali
lagi dan kali ini, ketagihan saya menjadi lebih serius. Saya keseorangan,
tiada rakan dan melakukan banyak kegiatan jenayah. Menipu, mencuri,
merompak, menghisap dadah, penjara dan hospital adalah segala-galanya dalam
kehidupan saya. Dengan kata lain, saya bagai hidup untuk jenayah, dadah dan
penjara sahaja.
Jadi, saya tidak ingin terus membeban dan memalukan keluarga saya dan saya
pun meminta sejumlah wang dari mereka untuk mencuba nasib saya di tempat
lain. Akhirnya, saya menghabiskan semua wang saya dan terpaksa tidur di tepi
jalan, perhentian bas mahupun bawah jambatan. Pada masa itu, saya bagai
seekor anjing liar dan pada saat yang pedih ini, saya teringat
Rumah
Victory. Maka saya pun merayu bapaku untuk menghantar saya ke sana untuk
menghabiskan sisa-sisa kehidupan saya.
Dalam Rumah Victory, saya selalu menyindir dan memarahi rakan sekerja dan
menuduh bahawa mereka cuba mengawal pemikiran, masa dan kehidupan saya.
Namun, akhirnya, saya telah terharu oleh keikhlasan serta kesabaran mereka
dan pandangan saya terhadap kehidupan mula berubah sikit demi sedikit.
Berapakah sepuluh tahun yang kita boleh ada sepanjang hayat kita? Dalam
kehidupan saya, saya telah mengalami banyak kegagalan dan kepedihan. Namun,
saya telah insaf dan berjaya melangkah keluar dari segala kegagalan tersebut
dan saya akan mengguna sisa-sisa kehidupan yang saya ada untuk berkhidmat
untuk Tuhan agar dapat membantu lebih banyak lagi orang yang terperangkap
dalam lurah dadah seperti saya pada suatu masa yang lalu. Mereka perlu tahu
bahawa Tuhan tidak pernah melupakan mereka.
|