|
|
|
Satu
musim sejuk pada tahun 1993, seorang perompak telah ditangkap dan dipukul oleh
beberapa orang penduduk di pinggir desa Tokyo, Jepun.
Perompak tersebut lalu dikenalpasti sebagai seorang pendatang haram Malaysia
telah pengsan dan cedera padah. Nasib baik darahnya telah dibekukan oleh cuaca
yang sejuk dan dia terselamat.
Seminggu yang lalu, dia diberkas oleh pengawai polis Jepun dan dipenjara selama
3 tahun. Ini bukan plot wayang Jackie Chan! |
Kehidupan di sekolah memang tidak sesuai untuk saya terutamanya di sekolah
menengah di mana perbezaan bahasa yang diguna telah menambah kebencian saya
terhadap sekolah. Maka, ponteng sekolah, bergaduh, merokok, dihukum pun
menjadi perkara yang biasa di dalam kehidupan persekolahan saya. Dan
akhirnya, pihak sekolah telah putus asa dan menghentikan saya semasa saya di
tingkatan 2.
Setelah itu, untuk meringankan beban dan menjaga imej keluarga, saya mencuba
nasib ke Singapura dengan beberapa rakan dalam geng saya.
Mungkin disebabkan oleh perasaan ingin tahu, atau di bawah pengaruh rakan,
saya mula mencuba heroin. Ia memang seronok dan relaks, namun, keseronokan
yang singkat itu telah membawa mimpi yang negri pada saya selama 20 tahun.
Ketagihan kepada heroin, pil mahupun ganja, saya bagaikan hidup dalam neraka
di mana penjara dan pusat pemuliharaan telah menjadi rumah kedua saya. Jadi,
saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan Singapura dan mencuba nasib
saya sekali lagi di Jepun dan siapa sangka keputusan ini hampir meragut
nyawa saya.
Di Jepun, syaitan dadah masih belum meninggalkan saya, ataupun saya yang
tidak dapat meninggalkannya, dadah terus merupakan “makanan’ utama saya.
Pada masa itu, saya pasti yang inilah kehidupan saya dan ia akan tetap sama
untuk masa yang akan datang.
Kesihatan saya semakin merosot dan saya tahu, saya akan mati jikalau keadaan
ini berterusan. Di ambang putus asa, seorang kakak telah datang dan beritahu
saya bahawa terdapat satu tempat khas untuk pemuliharaan dadah dan makanan
serta tempat tinggal yang percuma akan dibekalkan. Kakak itu juga mengajar
saya cara untuk berdoa.
Saya dilarang merokok di tempat ini, diperlukan tinggal selama 18 bulan
dengan banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Namun, saya tidak kisah,
asalnya boleh menghentikan penagihan dadah, saya sudi melakukan apa sahaja.
Sepanjang tempoh permuliharaan ini, saya amat derita semasa tagih dadah
menyerang dan pengawal di sana beritahu saya, “ saya tidak dapat membantu
anda, tetapi saya tahu ada seorang Tuhan yang dapat membantu anda, beliau
adalah Yesus, marilah kita berdoa kepada-Nya.” Selepas berdoa, saya pun
menanya bahawa adakah Yesus begitu maha dan mampu memuliharakan saya. “Tiada
perkara yang Tuhan tidak dapat melakukan.” beliau menjawab.
Semenjak itu, Yesus telah mengubah segala nilai kehidupan dan kepercayaan
saya, saya mula belajar untuk memaafkan, menghormati dan menghargai diri
sendiri serta orang lain.
Tidak kira apa jenayah atau kesalahan mahupun kejahatan yang seseorang itu
lakukan, asalnya seseorang itu sudi menyesal dan berubah, ditambah dengan
mereka yang sudi menghulur tangan serta mencurah kasih sayang, jalan ke
kebenaran dan tangan tuhan akan selalu terbuka.
Sudikah anda menghulurkan tangan anda?
- Lee Chong Kee (49 Tahun - salahguna dadah 20 tahun)
|